¡Sorpréndeme!

WUF11 | Kualiti urbanisasi perlu sama di bandar, luar bandar

2022-06-27 0 Dailymotion

Isu perbandaran harus dilihat secara lebih holistik, inklusif dalam memastikan pelan pembangunan urbanisasi di bandar dan luar bandar dapat dilaksanakan secara terancang dan berkesan.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pengarah Eksekutif Un-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, pembangunan bagi kedua-dua klasifikasi geografi itu harus mempunyai kualiti yang sama demi menjamin kesejahteraan masyarakat, seperti dalam pelan strategik PBB, Rural-Urban Continuum.